Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Friday, November 28, 2014

Transform Your Health..dengan Shaklee!!


Tingkatkan Kesihatan Anda dengan Shaklee!!
================================
Kajian saintifik mengesahkan perkara-perkara berikut dapat mengurangkan risiko kesihatan dimasa hadapan:

|| mengawal berat badan 
|| makan secara seimbang & sihat 
|| pemgambilan suplemen yang baik 
|| kurang terdedah kepada bahan kimia & toksin 

Dengan Shaklee, ianya merupakan produk SEMULAJADI yang SELAMAT, dan terbukti BERKESAN dalam membantu memberikan kesihatan yang baik dimasa hadapan.

Always SAFE

Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk kami Always Safe. Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Sebanyak 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan telah dijalankan setiap tahun. Hanya bahan semula jadi paling asli dan paling tulen sahaja yang digunakan dalam ramuan produk Shaklee. Produk Shaklee juga tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya. Kerjasama dengan ahli toksikologi juga dilakukan bagi mengembangkan dan mengenalpasti senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia. Senarai bahan-bahan akan sentiasa dikemaskini bagi memastikan tiada sebarang bahan-bahan kimia berbahaya mencemari sebarang produk Shaklee.

Always GREEN..
Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature. Shaklee pula akan terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk kami Always Green. Shaklee sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Kami berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan kami melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Shaklee juga telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet.

Always WORKS..
Shaklee menjamin keberkesanan agar pengguna sentiasa yakin bahawa produk Shaklee Always Works.
Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee dan ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama. Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung. Selain itu, beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa Shaklee komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Jom Transform kesihatan anda dengan...
SHAKLEE!!


Ingin dapatkan maklumat lanjut tentang kelebihan produk dan keahlian Shaklee?
Boleh hubungi kami ZNI Selections atau PM Aliza Ahsain @ 0133184237 yer..

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI
(sumber : Shaklee Malaysia)

Saturday, November 22, 2014

Halal-kah Produk Shaklee? Kami Berbicara, Anda Fikirkan :-)

As-Salam semua!!
Salam Sabtu and happy weekend yer..

Hari ni, kami ingin kongsikan serba sedikit info tentang status Halal produk Shaklee yang suatu masa dahulu (dan mungkin juga sekarang) telah di-viral-kan. Macam-macam pendapat keluar dan macam-macam pertikaian yang berlaku. Betul tak?

Kami sebagai SID pastinya akan sedaya upaya untuk membetulkan kedudukan, bukan ibarat membetulkan "benang yang basah" tetapi pembetulan berasaskan fakta.

Bovine Gelatin (Gelatin Lembu)

Secara umumnya, vitamin-vitamin Shaklee terbahagi kepada 4 jenis iaitu (1) Tablet seperti Vita-Lea & Vita-C, (2) Kapsul seperti Lecithin & OmegaGuard, (3) Cecair seperti Vivix dan juga (4)Serbuk seperti NutriFeron & ESP. Untuk tablet, cecair dan serbuk, tidak menjadi masalah kerana tidak melibatkan apa-apa bahan dari sumber haiwan. Manakala vitamin didalam bentuk Kapsul, inilah yang sering dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang ingin mempersoalkan status Halal poduk Shaklee.

Terdapat beberapa jenis gelatin yang digunakan dalm industri perubatan dan suplemen termasuklah Gelatin Lembu. Adakah lembu yang digunakan disembelih mengikut syariat Islam? Hah, disitulah point yang "mereka" gunakan untuk mempertikaikan isu Halal produk Shaklee.

Tahukah anda?
Kesemua produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia adalah berasaskan kepada kapsul Gelatin Lembu yang disah-Halal oleh Islamic Services of America (ISA), sebuah badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"...I.S.A. has been recognized by LP POM-MUI, AIFDC-ICU, MUIS, Jakim and D.V.S. in Malaysia since their inceptions. Southeast Asia represents the world’s most stringently enforced Halal standards. Their continuous recognition demonstrates I.S.A.’s commitment to the highest Halal standards while simultaneously making the certification process as seamless as possible for businesses. JAKIM and D.V.S. approved since 1982. I.S.A. is recognized by the Mother Mosque of America, the oldest surviving mosque in the USA, located in Cedar Rapids, Iowa. Additionally the Muslim American Society and Islamic Centers across the USA have acknowledged I.S.A. for its integrity in maintaining the highest Halal Standards..."

Dapatkan maklumat lanjut di portal Halal JAKIM yer :-)


Jadi, pastikan anda dapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia bagi mengelakkan rasa was-was terhadap produk Shaklee.


Shaklee - Yahudi - Israel

Point kedua!! Kini, dikaitkan pula dengan aktiviti CEO Shaklee yang menjadi ahli salah-satu foundation yang terlibat dengan Israel. Sampai ke situ sekali kaji-selidik yang dibuat.
Our point is very simple. Jika benar sekalipun individu tersebut membuat dana kepada mana-mana foundation yang menyokong Israel, adakah ini bermakna Shaklee juga bersekongkol dengan ZIONIS Israel?

Cuba fikirkan dalam situasi lain pula..
Jika kita sebagai Muslim ingin membuat derma kepada mana-mana badan kebajikan Islam mahupun pusat pembangunan Islam ataupun rumah-rumah anak yatim, adakah bermaksud "company" yang menjadi majikan kita juga dianggap sebagai penderma? Saya rasa tidak. Sebabnya, derma tersebut adalah sebahagian daripada cara kita "mencuci" rezeki yang kita dapat dari "titik peluh" kerja yang kita perolehi. Tiada siapa boleh pertikaikan kalau kita mahu menderma, malah "company" juga saya percaya tiada hak untuk menghalang jika ianya memberi kebaikan kepada bangsa/agam/negara kita.

Berbalik kepada isu CEO Shaklee. Begitu juga dengan salah seorang SID diluar yang menyatakan secara terang akan derma yang beliau buat kepada Israel. Kita sedia maklum, mereka bukan Muslim. Setiap bangsa/agama mempunyai cara tersendiri bagaimana mahu membantu membangunkan bangsa/agama masing-masing. Itu hak individu.

Yang pasti, Shaklee sendiri ada membuat kenyataan tentang isu ini.



Berikut antara kenyataan dari Shaklee berkaitan isu Halal Carotomax pula:


Berkaitan sumbangan SID luar negara kepada Israel, terdapat juga kenyataan dari pihak Shaklee.




Isu Yahudi yang dikatakan perlu diboikot??
Kita seharusnya membezakan antara Yahudi Israel dan Zionis Israel.
Jangan terlalu "obses" dengan isu boikot sehingga kita lupa akan perbezaan Yahudi mahupun Zionis Israel.
Kebencian kita terhadap Zionis Israel memang tidak perlu dipertikaikan. Kezaliman yang mereka lakukan adalah sangat tidak boleh diterima oleh Muslim seluruh dunia.

Tetapi!!
Adakah aktiviti boikot yang kita buat ini betul?
Kita tak benci ataupun boikot kerana ia Yahudi, tapi kita menolak kezaliman kerajaan Zionis.
Mohon bezakan antara YAHUDI ISRAEL dan ZIONIS ISRAEL.

Antara kenyataan dari Pengerusi Agsa Syarif berkaitan isu boikot.


Mungkin anda juga berminat untuk membaca entri Ustaz Zaharuddin berkaitan isu boikot?
Sila KLIK :-)

Sekian, untuk hari ini..
Renung2kan dan Selamat beramal!!

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, November 16, 2014

Kenapa Anak Anda Perlukan Suplemen?

Assalamualaikum semua!!
 Selamat pagi!!
 Sudah ambil suplemen anda untuk hari ini?
 Ada rasa lebih baik? Lebih bertenaga? Lebih sihat?👍

Anak2 anda pula bagaimana?
 Sihat & bertenaga juga? Goooooood!!
Sebagai ibubapa, kita mesti inginkan yang terbaik untuk anak2 kita kan.. Dari segi tempat tinggal, pakaian, pelajaran mahupun makanan, semuanya kita inginkan yang "the best" untuk mereka.. Betul tak?


Seperti orang dewasa, kanak-kanak (tertakluk kepada umur & tahap kesihatan) juga memerlukan makanan tambahan seperti supplemen/vitamin. Namun, cara dan pemakanannya mestilah betul..dan pastikan konsultasi sempurna diperoleh sebelum keputusan dibuat.

Jom kita buat cross-check jika anak-anak kita tergolong dalam kategori dibawah:


[ Ya | Tidak ] Anak kita cerewet makan?
[ Ya | Tidak ] Anak kita penggemar fast food?
[ Ya | Tidak ] Anak kita obesiti?
[ Ya | Tidak ] Kita lebih banyak masa dengan game?
[ Ya | Tidak ] Gaya hidup sekarang sudah berubah?
[ Ya | Tidak ] Pencemaran sering berlaku sekarang?

Jika jawapannya YA, mungkin anak kita perlukan makanan tambahan seperti supplemen bagi membantu mendapatkan nutrien penting dalam badan..

Pastikan anak kita membesar dengan SIHAT & BIJAK!!
Di Shaklee, kami juga ada menyediakan nutrisi untuk anak2 yang sihat & bijak😊


Ingin dapatkan maklumat lanjut tentang nutrisi kanak2?

Boleh hubungi kami ZNI Selections atau PM Aliza Ahsain @ 0133184237 yer..
Kita boleh borak2 pasal anak2 juga😉

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Saturday, November 1, 2014

Kenapa Shaklee? Why? Why?

As-salam & good day semua!!
Salam Maal Hijrah.. Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di Tahun 1436H.. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun2 yang lepas.. InshaaAllah..

Hari ni juga, kita dah masuk ke bulan November 2014.. Pejam celik pejam celik dah dekat hujung tahun kan..rasa macam baru je menjenguk tahun 2014.. Cepat sungguh masa berlalu😔

Kalau kita #throwback balik kisah setahun lepas, tarikh 10-11-13 adalah the date ZNI Selection "dilahirkan" dan sudah hampir menjangkau setahun la yer.. Syukur.. Walaupun baru setahun jagung, tapi rasa suka bisnes ni makin lama makin tinggi, cuma perlukan ilmu dan ketabahan lagi utk terus maju.. InshaaAllah😍

Konsep Sharing is Caring..ya, saya suka share benda2 yang baik..bila ianya saya rasa baik dan sesuai dengan saya, mungkin ianya juga sesuai untuk anda kan.. So, today, saya nak share lagi tentang Kenapa kita perlukan suplemen? Anda pernah baca di SINI?

Secara summary, antara sebab kenapa kita perlukan suplemen adalah:

Makan dengan banyak, tapi tidak berkhasiat
// Industri makanan terproses yang berleluasa
// Pengumpulan toksin dlm binatang yang kita makan

Makanan berkhasiat, namun nutrien kian hilang
// Energy pollution
// Cara penyimpanan makanan dirumah
// Proses penyimpanan & penghantaran makanan

Zat makanan terjaga, sedangkan gaya hidup yang dijalankan tidak sihat
// Merokok dan mengambil Alkohol
// Berlebihan pengambilan kafein
// Sering stress

Semua dijaga, atas keperluan tertentu
// pregnant women
// hidapi chronic disorder / disease
// golongan yang sedang breastfeeding anak

Itulah antara sebab2 kita perlukan suplemen..namun ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau kita rasa badan kita tak perlukan suplemen, dan boleh bergantung kepada makanan2 asli, maka itu lebih bagus..tapi jika kita rasakan kita tak mampu nak istiqamah bagi memastikan makanan yang kita ambil itu sihat, segar dan berkhasiat, maka, mungkin suplemen adalah solusinya. Harus diingat, ambil suplemen bukan bererti ubat kita tolak tepi..

Suplemen bukan ubat..
Suplemen bukan bertujuan untuk merawat..
Suplemen diambil orang sihat dan juga sakit..


Suplemen diambil sebagai "pembantu" dalam mendapatkan kesihatan yang optimum..
InshaaAllah😊

Hmmm, saya cakap lebih2 ni, saya ambil ke suplemen? Honestly, saya start consume suplemen time first pregnancy, itu pun klinik yang bagi..asid folic dan obimin.. First supplements ever.. After that, saya baru terjebak dengan Shaklee..and first Shaklee product yang saya ambil, adalah SR Vit-C..and sampai sekarang, masih continue ambil together dengan Vita-lea, Omega Guard, Ostematrix dan GLA Complex.. Alhamdulillah, kurang dah demam2 sekarang ni, cuma pagi2 tu macam biasa lah bersin2..mungkin perlu ambil alfalfa?😉

KENAPA SAYA CONTINUE AMBIL SHAKLEE SEBAGAI SUPLEMEN?

Secara logiknya, saya masih kekal dengan Shaklee sebab saya sudah rasa kesannya..dan dalam masa yang sama, sebagai SID, setiap kali saya buat pembelian, ada point yang saya dapat, so kiranya bonus tambahan la kan.. Siapa tak nak bonus kan??

Tapi, secara realitinya, Shaklee memang berbeza dari yang lain, kerana the Shaklee Difference akan memberikan anda jaminan yang ianya:

SENTIASA SELAMAT
** lebih daripada 80k ujian kualiti setahun bagi memastikan keberkesanan & ketulenan sebenar
** lebih daripada 350 ujian bagi setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya

SENTIASA BERKESAN
** lebih $300juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk
** bahan-bahan semulajadi yang paling halus & tulen
** disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat didalam 90 bahan kajian penerbitan

SENTIASA MESRA ALAM
** selamat untuk anda, rumah dan bumi

So, apa lagi yang anda cari?
Moh kita sama2 cuba keberkesanan Shaklee?

Nak daftar sebagai ahli?
Boleh ke SINI atau fast contact Ibu ZNI @ 013-3184237😊

Daaa...
Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, July 3, 2014

[ TESTIMONIAL ] Gabungan Hebat ESP & Vita-C

Sekadar berkongsi..
Ternyata, salah seorang pungguna Shaklee ESP dan SR Vita-C ini berpuas hati dengan keberkesanan produk-produk ini dengan beliau..


 ESP ~ Sumber protein dari non-GMO soya, lengkap dengan asid amino perlu..

Vita-C ~ Sumber vitamin C semulajadi bersamaan dengan 7biji buah oren

Alhamdulillah, pengambilan kedua-dua produk berkenaan membantu dalam:

1. Mengurangkan gastrik
2. Mengawal nafsu makan
3. Membersih & mencantik kulit muka


Jom dapatkan satu untuk anda!!
PM / whatsapp @ 0133184237

xoxo,
Ibu ZNI

********* Info harga *********

RM150.00 (850g ESP)
RM92.50 (180biji SR Vita-C)

*******************************

Saturday, June 28, 2014

Saya Tak Minat Shaklee!! ~ Part 2

Assalam & good day everyone!!
Kepada saudara Muslim sekalian, saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak yer :-)
Berpuasalah seikhlas hati..semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini..inshaaAllah..

Puasa..puasa jugak..
Bisnes ZNI Selections masih jalan seperti biasa yer..tapi kita akan cuba utk seimbangkan kerja duniawi juga untuk saham diakhirat nanti..inshaaAllah..

Ok lah..berbalik kepada cerita bisnes, anda ingat lagi entry tentang "SAYA TAK MINAT SHAKLEE" kan?
Antara sebab-sebab anda mungkin menyampah atau tak ingin tahu tentang Shaklee adalah kerana MAHAL, SUDAH SIHAT, ISU HALAL juga ISU BARANGAN ISRAEL o_O

Berkenaan mahal mahupun tiada keperluan kerana sudah sihat, saya sudah kupaskan di SINI..

Tapi!! Anda pernah selidik tentang status HALAL-HARAM Shaklee & produknya?? Kalau belum, apa kata anda baca kupasan saya yang selanjutnya yer :-)

TAHUKAH ANDA??

Pada 3 Ogos 2011, pihak JAKIM telah mengeluarkan garis panduan MLM yang diharuskan oleh syariah..
Sesuatu institusi MLM adalah menjadi HARAM sekiranya ia termasuk dalam perkara dibawah:

(1) berunsurkan sistem "piramid" atau "headhunter"
(2) mengandungi unsur penipuan/penindasan/manipulasi/eksploitasi
(3) bergerak secara paksaan
(4) menggalakkan pembaziran
(5) keuntungan tanpa usaha (untung atas angin)
(6) ada unsur syubhah

Ada 15 kriteria yang menjadikan sebuah institusi MLM itu HALAL dan di-HARUS-kan dalam Islam. Anda boleh baca di SINI..

Secara kesimpulan, Shaklee ialah sebuah institusi MLM yang mematuhi syariah kerana:

** WUJUD AKTIVITI JUAL-BELI **
Di Shaklee, terdapat urusan jual-beli barang / produk dimana produk yang ditawarkan pula berkualiti dengan harga yang berpatutan dan inshaaAllah, MAMPU MILIK..

** KOMISEN ATAS USAHA SENDIRI **
Setiap pengedar layak mendapat KOMISEN berasaskan jualan barang, bukan SEMATA-MATA sebab menaja / sponsor orang. Tiada komisen setiap kali pendaftaran orang baru atau lebih dikenali sebagai "downline". Dalam Shaklee, kalau anda menaja 100 org pun tanpa sales dari diri sendiri, anda tak layak untuk dapat bonus juga..konsepnya, SENDIRI USAHA SENDIRI DAPAT!!

|| TANPA DOWNLINE --> masih layak DAPAT BONUS
|| TANPA DOWNLINE --> masih boleh NAIK RANK

Yang penting ada sales o_O

** TIADA SEKATAN ANTARA DOWNLINE & UPLINE **
Seorang downline boleh mendapat INCOME LEBIH BESAR dari Upline, dan boleh NAIK RANK LEBIH TINGGI dari Upline. Tiada istilah Upline sentiasa di atas. Bonus diberikan setimpal dengan usaha kita. Lebih banyak usaha kita, lebih besarlah hasilnya yg kita perolehi..

SO!! Adakah Shaklee sebuah institusi MLM yang HARAM ataupun HALAL???

Jika anda tanya kami, jawapannya adalah HALAL!!

Anda boleh nilaikannya sendiri..
Tepuk dada tanya ilmu..
Peace!!

xoxo,
Ibu ZNI

p/s: cerita HALAL produk Shaklee di entry akan datang yer :-)

Sunday, June 22, 2014

SAYA TAK MINAT SHAKLEE!! ~ Part 1

SAYA TAK MINAT SHAKLEE!!
Sebab...

~ Mahal!!

~ Saya sudah Sihat!!
~ Tiada Halal JAKIM!!
~ Barang Israel!!

Sabar!! Sabar!!

JANGAN CEPAT BUAT KESIMPULAN...
Meh sini saya cerita...

TAHUKAH ANDA??

Kenapa anda PERLUKAN SUPLEMEN WALAUPUN SUDAH SIHAT??

Ya, orang sihatlah yang perlu ambil suplemen, agar kesihatan lebih terjaga..
Jika anda sudah sakit, anda perlu ambil ubat kan? Kerana..

** SUPLEMEN BUKANLAH UBAT!! **

Sebab itu anda digalakkan ambil suplemen..namun, produk Shaklee juga ada yang mampu mengurangkan sakit2 yang sedang dialami oleh pesakit diluar sana..

Ianya, bagi MEMBANTU dalam menggalakkan KESIHATAN YANG OPTIMUM serta MENAMBAH-BAIK TAHAP KESIHATAN..

Ditambah pula dengan masalah-masalah seperti berikut:


Anda mungkin perlu pertimbangkan JIKA ANDA RASA MASIH TIDAK PERLUKAN SUPLEMEN!!
<< dapatkan koleksi testimonial pengguna produk Shaklee di SINI >>

dan TAHUKAH ANDA??
Kenapa Shaklee MAHAL??

Soalan yang pernah saya utarakan suatu masa dahulu..sebelum saya betul2 kenal dengan Shaklee..

Tetapi, setelah mengenali Shaklee, apa yang dapat saya simpulkan adalah...

** MAHAL YANG BERBALOI **


Sebagai contoh, SR Vita-C, sebotol SR Vita-C mengandungi 180biji dimana ianya bertahan untuk pengambilan selama 6bulan..


Harga sebotol = RM90.00++ (harga retail)
Harga sebiji = RM0.50 sahaja

Sebiji SR Vita-C pula bersamaan dengan 7biji limau.. Jadi, berbaloi tak??

Bagi saya yang sgt susah nak makan buah, ianya adalah berbaloi..at least dapat bantu menambah keperluan vitamin C dalam badan..


Ya dok???

Apa yang lebih berbaloi adalah JIKA ANDA MENJADI AHLI..sebabnya anda akan layak untuk mendapat HARGA YANG LEBIH RENDAH!!

Jadi, fikir2 kan :-)


PILIHAN DITANGAN ANDA!!
Jom grab peluang bisnes dgn Shaklee..
PM / whatsapp ZNI Selections at 013-3184237 yer :-)

p/s: Nantikan "Saya Tak Minat Shaklee!! ~ Part 2" yer

Friday, June 20, 2014

We are here!!

As-Salam readers!!
Long time no see ya!! :-)

Alhamdulillah..saya ZNI masih lagi aktif ber online-bisnes tapi di FB ZNI Selections la (jangan lupa Visit & Like yer)

Untuk come back ni, saya nak buat compilation FAQ berkaitan Shaklee & produk-produk yang ada..
Sepertimana yang anda sediamaklum (macam glamor sangat kan???), saya adalah registered Shaklee Independent Distributor (SID) yang sedia berkongsi kebaikan & keberkesanan produk Shaklee dalam kerja2 seharian..samada kerja dirumah mahupun di pejabat :-)

Jadi, nantikan!!

xoxo,
Ibu ZNI :-)

Jom Join Nuffnang