Showing posts with label healthy. Show all posts
Showing posts with label healthy. Show all posts

Friday, November 28, 2014

Transform Your Health..dengan Shaklee!!


Tingkatkan Kesihatan Anda dengan Shaklee!!
================================
Kajian saintifik mengesahkan perkara-perkara berikut dapat mengurangkan risiko kesihatan dimasa hadapan:

|| mengawal berat badan 
|| makan secara seimbang & sihat 
|| pemgambilan suplemen yang baik 
|| kurang terdedah kepada bahan kimia & toksin 

Dengan Shaklee, ianya merupakan produk SEMULAJADI yang SELAMAT, dan terbukti BERKESAN dalam membantu memberikan kesihatan yang baik dimasa hadapan.

Always SAFE

Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk kami Always Safe. Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Sebanyak 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan telah dijalankan setiap tahun. Hanya bahan semula jadi paling asli dan paling tulen sahaja yang digunakan dalam ramuan produk Shaklee. Produk Shaklee juga tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya. Kerjasama dengan ahli toksikologi juga dilakukan bagi mengembangkan dan mengenalpasti senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia. Senarai bahan-bahan akan sentiasa dikemaskini bagi memastikan tiada sebarang bahan-bahan kimia berbahaya mencemari sebarang produk Shaklee.

Always GREEN..
Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature. Shaklee pula akan terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk kami Always Green. Shaklee sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Kami berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan kami melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Shaklee juga telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet.

Always WORKS..
Shaklee menjamin keberkesanan agar pengguna sentiasa yakin bahawa produk Shaklee Always Works.
Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee dan ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama. Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung. Selain itu, beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa Shaklee komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Jom Transform kesihatan anda dengan...
SHAKLEE!!


Ingin dapatkan maklumat lanjut tentang kelebihan produk dan keahlian Shaklee?
Boleh hubungi kami ZNI Selections atau PM Aliza Ahsain @ 0133184237 yer..

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI
(sumber : Shaklee Malaysia)

Sunday, November 16, 2014

Kenapa Anak Anda Perlukan Suplemen?

Assalamualaikum semua!!
 Selamat pagi!!
 Sudah ambil suplemen anda untuk hari ini?
 Ada rasa lebih baik? Lebih bertenaga? Lebih sihat?👍

Anak2 anda pula bagaimana?
 Sihat & bertenaga juga? Goooooood!!
Sebagai ibubapa, kita mesti inginkan yang terbaik untuk anak2 kita kan.. Dari segi tempat tinggal, pakaian, pelajaran mahupun makanan, semuanya kita inginkan yang "the best" untuk mereka.. Betul tak?


Seperti orang dewasa, kanak-kanak (tertakluk kepada umur & tahap kesihatan) juga memerlukan makanan tambahan seperti supplemen/vitamin. Namun, cara dan pemakanannya mestilah betul..dan pastikan konsultasi sempurna diperoleh sebelum keputusan dibuat.

Jom kita buat cross-check jika anak-anak kita tergolong dalam kategori dibawah:


[ Ya | Tidak ] Anak kita cerewet makan?
[ Ya | Tidak ] Anak kita penggemar fast food?
[ Ya | Tidak ] Anak kita obesiti?
[ Ya | Tidak ] Kita lebih banyak masa dengan game?
[ Ya | Tidak ] Gaya hidup sekarang sudah berubah?
[ Ya | Tidak ] Pencemaran sering berlaku sekarang?

Jika jawapannya YA, mungkin anak kita perlukan makanan tambahan seperti supplemen bagi membantu mendapatkan nutrien penting dalam badan..

Pastikan anak kita membesar dengan SIHAT & BIJAK!!
Di Shaklee, kami juga ada menyediakan nutrisi untuk anak2 yang sihat & bijak😊


Ingin dapatkan maklumat lanjut tentang nutrisi kanak2?

Boleh hubungi kami ZNI Selections atau PM Aliza Ahsain @ 0133184237 yer..
Kita boleh borak2 pasal anak2 juga😉

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Saturday, November 1, 2014

Kenapa Shaklee? Why? Why?

As-salam & good day semua!!
Salam Maal Hijrah.. Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di Tahun 1436H.. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun2 yang lepas.. InshaaAllah..

Hari ni juga, kita dah masuk ke bulan November 2014.. Pejam celik pejam celik dah dekat hujung tahun kan..rasa macam baru je menjenguk tahun 2014.. Cepat sungguh masa berlalu😔

Kalau kita #throwback balik kisah setahun lepas, tarikh 10-11-13 adalah the date ZNI Selection "dilahirkan" dan sudah hampir menjangkau setahun la yer.. Syukur.. Walaupun baru setahun jagung, tapi rasa suka bisnes ni makin lama makin tinggi, cuma perlukan ilmu dan ketabahan lagi utk terus maju.. InshaaAllah😍

Konsep Sharing is Caring..ya, saya suka share benda2 yang baik..bila ianya saya rasa baik dan sesuai dengan saya, mungkin ianya juga sesuai untuk anda kan.. So, today, saya nak share lagi tentang Kenapa kita perlukan suplemen? Anda pernah baca di SINI?

Secara summary, antara sebab kenapa kita perlukan suplemen adalah:

Makan dengan banyak, tapi tidak berkhasiat
// Industri makanan terproses yang berleluasa
// Pengumpulan toksin dlm binatang yang kita makan

Makanan berkhasiat, namun nutrien kian hilang
// Energy pollution
// Cara penyimpanan makanan dirumah
// Proses penyimpanan & penghantaran makanan

Zat makanan terjaga, sedangkan gaya hidup yang dijalankan tidak sihat
// Merokok dan mengambil Alkohol
// Berlebihan pengambilan kafein
// Sering stress

Semua dijaga, atas keperluan tertentu
// pregnant women
// hidapi chronic disorder / disease
// golongan yang sedang breastfeeding anak

Itulah antara sebab2 kita perlukan suplemen..namun ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau kita rasa badan kita tak perlukan suplemen, dan boleh bergantung kepada makanan2 asli, maka itu lebih bagus..tapi jika kita rasakan kita tak mampu nak istiqamah bagi memastikan makanan yang kita ambil itu sihat, segar dan berkhasiat, maka, mungkin suplemen adalah solusinya. Harus diingat, ambil suplemen bukan bererti ubat kita tolak tepi..

Suplemen bukan ubat..
Suplemen bukan bertujuan untuk merawat..
Suplemen diambil orang sihat dan juga sakit..


Suplemen diambil sebagai "pembantu" dalam mendapatkan kesihatan yang optimum..
InshaaAllah😊

Hmmm, saya cakap lebih2 ni, saya ambil ke suplemen? Honestly, saya start consume suplemen time first pregnancy, itu pun klinik yang bagi..asid folic dan obimin.. First supplements ever.. After that, saya baru terjebak dengan Shaklee..and first Shaklee product yang saya ambil, adalah SR Vit-C..and sampai sekarang, masih continue ambil together dengan Vita-lea, Omega Guard, Ostematrix dan GLA Complex.. Alhamdulillah, kurang dah demam2 sekarang ni, cuma pagi2 tu macam biasa lah bersin2..mungkin perlu ambil alfalfa?😉

KENAPA SAYA CONTINUE AMBIL SHAKLEE SEBAGAI SUPLEMEN?

Secara logiknya, saya masih kekal dengan Shaklee sebab saya sudah rasa kesannya..dan dalam masa yang sama, sebagai SID, setiap kali saya buat pembelian, ada point yang saya dapat, so kiranya bonus tambahan la kan.. Siapa tak nak bonus kan??

Tapi, secara realitinya, Shaklee memang berbeza dari yang lain, kerana the Shaklee Difference akan memberikan anda jaminan yang ianya:

SENTIASA SELAMAT
** lebih daripada 80k ujian kualiti setahun bagi memastikan keberkesanan & ketulenan sebenar
** lebih daripada 350 ujian bagi setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya

SENTIASA BERKESAN
** lebih $300juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk
** bahan-bahan semulajadi yang paling halus & tulen
** disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat didalam 90 bahan kajian penerbitan

SENTIASA MESRA ALAM
** selamat untuk anda, rumah dan bumi

So, apa lagi yang anda cari?
Moh kita sama2 cuba keberkesanan Shaklee?

Nak daftar sebagai ahli?
Boleh ke SINI atau fast contact Ibu ZNI @ 013-3184237😊

Daaa...
Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, July 3, 2014

[ TESTIMONIAL ] Gabungan Hebat ESP & Vita-C

Sekadar berkongsi..
Ternyata, salah seorang pungguna Shaklee ESP dan SR Vita-C ini berpuas hati dengan keberkesanan produk-produk ini dengan beliau..


 ESP ~ Sumber protein dari non-GMO soya, lengkap dengan asid amino perlu..

Vita-C ~ Sumber vitamin C semulajadi bersamaan dengan 7biji buah oren

Alhamdulillah, pengambilan kedua-dua produk berkenaan membantu dalam:

1. Mengurangkan gastrik
2. Mengawal nafsu makan
3. Membersih & mencantik kulit muka


Jom dapatkan satu untuk anda!!
PM / whatsapp @ 0133184237

xoxo,
Ibu ZNI

********* Info harga *********

RM150.00 (850g ESP)
RM92.50 (180biji SR Vita-C)

*******************************

Sunday, June 29, 2014

[ SET ] Berpuasa Dengan Mighty 3 GEMS

As-salam Muslimin & Muslimat sekalian..
Selamat menunaikan ibadah puasa yer..

Macam mana puasa hari ini, masih bertenaga??
Alhamdulillah..

Atau sudah rasa lemah longlai?? o_O
Takpe, ada beberapa jam sahaja lagi yer..bertahanlah :-)

Semperna bulan puasa baru bermula ni, kami di Shaklee ada beberapa produk yang sangat bersesuaian untuk anda semua, bagi membekalkan tenaga semasa berpuasa..

Bagaimana??
Nah, ini dia!!

** SET MIGHTY 3 GEMS **
 

Merupakan kombinasi daripada:

#1. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

~ sumber protein bukan GMO yang terdiri daripada 9 asid amino perlu (yang tidak dihasilkan oleh badan)..
~ rasa soya dengan perisa vanilla yang enak..
~ membekalkan tenaga serta rasa kenyang lebih lama

#2. MEAL SHAKE

~ memberikan 19 mineral dan vitamin yang penting untuk badan..
~ membantu proses tumbesaran..
~ mengekalkan kesihatan yang optimum..
~ memberi rasa kurang lapar yang lebih lama..

#3. PERFORMANCE DRINK

~ mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LYTE dengan campuran karbohidrat..
~ membekalkan tenaga segera dan berkekalan..
~ menyokong penghidratan optimal kepada badan..

Sesuai untuk kami..inshaaAllah, sesuai juga untuk anda..
Ibu mengandung serta menyusukan anak juga boleh mengambil set ini..

Ingin rasa lebih bertenaga ketika berpuasa?
Apa kata anda mencuba Set Berpuasa ini..
PM / whatsapp ZNI Selections @ 0133184237 yer :-)

xoxo,
Ibu ZNI

************** Info Harga **************

ESP @ RM150.00 (850g)
Meal Shake @ RM113.75 (544g)
Performance Drink @ RM82.50 (539g)

****************************************

Sunday, June 22, 2014

SAYA TAK MINAT SHAKLEE!! ~ Part 1

SAYA TAK MINAT SHAKLEE!!
Sebab...

~ Mahal!!

~ Saya sudah Sihat!!
~ Tiada Halal JAKIM!!
~ Barang Israel!!

Sabar!! Sabar!!

JANGAN CEPAT BUAT KESIMPULAN...
Meh sini saya cerita...

TAHUKAH ANDA??

Kenapa anda PERLUKAN SUPLEMEN WALAUPUN SUDAH SIHAT??

Ya, orang sihatlah yang perlu ambil suplemen, agar kesihatan lebih terjaga..
Jika anda sudah sakit, anda perlu ambil ubat kan? Kerana..

** SUPLEMEN BUKANLAH UBAT!! **

Sebab itu anda digalakkan ambil suplemen..namun, produk Shaklee juga ada yang mampu mengurangkan sakit2 yang sedang dialami oleh pesakit diluar sana..

Ianya, bagi MEMBANTU dalam menggalakkan KESIHATAN YANG OPTIMUM serta MENAMBAH-BAIK TAHAP KESIHATAN..

Ditambah pula dengan masalah-masalah seperti berikut:


Anda mungkin perlu pertimbangkan JIKA ANDA RASA MASIH TIDAK PERLUKAN SUPLEMEN!!
<< dapatkan koleksi testimonial pengguna produk Shaklee di SINI >>

dan TAHUKAH ANDA??
Kenapa Shaklee MAHAL??

Soalan yang pernah saya utarakan suatu masa dahulu..sebelum saya betul2 kenal dengan Shaklee..

Tetapi, setelah mengenali Shaklee, apa yang dapat saya simpulkan adalah...

** MAHAL YANG BERBALOI **


Sebagai contoh, SR Vita-C, sebotol SR Vita-C mengandungi 180biji dimana ianya bertahan untuk pengambilan selama 6bulan..


Harga sebotol = RM90.00++ (harga retail)
Harga sebiji = RM0.50 sahaja

Sebiji SR Vita-C pula bersamaan dengan 7biji limau.. Jadi, berbaloi tak??

Bagi saya yang sgt susah nak makan buah, ianya adalah berbaloi..at least dapat bantu menambah keperluan vitamin C dalam badan..


Ya dok???

Apa yang lebih berbaloi adalah JIKA ANDA MENJADI AHLI..sebabnya anda akan layak untuk mendapat HARGA YANG LEBIH RENDAH!!

Jadi, fikir2 kan :-)


PILIHAN DITANGAN ANDA!!
Jom grab peluang bisnes dgn Shaklee..
PM / whatsapp ZNI Selections at 013-3184237 yer :-)

p/s: Nantikan "Saya Tak Minat Shaklee!! ~ Part 2" yer

Saturday, June 21, 2014

[FAQ] Frequent Asked Questions PART I ~ Kenali Produk Shaklee

As-Salam & Good Morning readers!!
Ibu ZNI in the house :-)

Seperti dijanjikan, disediakan untuk rakan2 pembaca semua, koleksi soalan-soalan lazim yang biasa dikeutarakan oleh anda mahupun rakan2 anda berkaitan produk Shaklee o_O

Nah, khas untuk anda!!
InshaaAllah akan diupdate sekerap mungkin yer..
and Jika anda anda persoalan lain, jangan malu jangan segan, boleh isi soalan anda disini..

[ FAQ #1 ]
Apakah manfaat NutriFeron Shaklee?
=============================
Nutriferon Shaklee dihasilkan daripada campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.


Ianya dipercayai dapat MEMBANTU dalam:

|| mengukuhkan sistem imun badan
|| melawan kanser dan tumor
|| melindungi dari influenza
|| meringankan stress dan kelesuan
|| melambatkan penuaan
|| mengurangkan infeksi oleh pesakit-peskait Hepatitis B & C
|| membantu meredakan masalah menopause
|| meringankan/mengurangkan simptom PMS


[ FAQ #2 ]
Apakah fungsi Vita-E Complex dalam membantu memberi kesihatan yang lebih baik?
=============================


|| membantu melindungi jantung
|| membantu mempertingkatkan kemampuan reproduktif
|| bertindak sebagai agen anti-penuaan
|| sumber anti-oksidan yang kuat
|| membantu memperbaiki kitaran darah
|| membantu mengurangkan sakit akibat kejang di bahu
|| membantu mengurangkan risiko keguguran
|| membantu memperbaiki parut


[ FAQ #3 ]
Apakah kelebihan mengambil Ostematrix berbanding suplemen kalsium lain?=============================


Ostematrix Shaklee..lebih daripada kalsium!!  Selain dijangka dapat membantu dalam:

1. membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium..

2. membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi..
Ostematrix Shaklee juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik:
Magnesium
~ membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang..

Vitamin D

~ merangsang penyerapan kalsium..

Boron

~ membantu metabolisme tulang

Vitamin K

~ membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang..

Mangan, copper & zink

~ co-factor yang mengaktifkan enzim dalam membantu membina jisim tulang..
Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini sangat mudah ditelan..
Bagi mereka yang kesukaran untuk menelan susu ataupun kekurangan masa untuk memdapatkan sumber kalsium yang mencukupi untuk badan, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mencuba OSTEMATRIX SHAKLEE!!

[ FAQ #4 ]
Apakah keistimewaan Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee berbanding pencuci lain?
================================


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate merupakan pencuci khas yang dihasilkan Shaklee dengan ciri-ciri berikut:

  1. Tidak bertosik..
  2. Membersih secara Semulajadi..
  3. 2x ganda lebih pekat dengan kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan..16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air..
  4. Serbaguna dan sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran dan minyak di dalam dan luar rumah..
  5. Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan..

[ FAQ #5 ]
Apakah perbezaan Get Clean Dish Wash Concentrate Shaklee dengan pencuci pinggan yang lain?
================================

Get Clean Dish Wash Concentrate Shaklee tidak mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate sepertimana kebanyakan pencuci lain.
Kedua-dua kandungan tersebut dipercayai boleh merengsakan kulit dan mata.

Dengan Get Clean Dish Wash Concentrate Shaklee, ianya LEBIH:

Selamat
|| Tidak bertoksik 
|| Hipoalergenik 
|| Tanpa klorin 
|| Lembut pada tangan 
|| pH seimbang 
|| Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan
* Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
* Lebih pekat ~ hanya sedikit diperlukan utk mencuci pinggan mangkuk yang banyak
* Buih Sabun yang lebih tahan lama

Mesra alam
~ Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
~ Biorosot
~ Tanpa fosfat
~ Bungkusan boleh dikitar semula
~ Tanpa bahan pewarna
~ Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Ingin dapatkan produk Shaklee dari kami??
Ibu ZNI SEDIA MEMBANTU :-)

SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, January 2, 2014

[ PROMOSI ] Jan 2014 ~ Alfalfa Complex

..:: Entry date ~ 02/01/2014 ::..

As-Salam ladies!!
Happy Thursday & Happy New Year 2014!!


Alhamdulillah..kita diberi kesempatan utk berada di tahun 2014..syukur!!

Seperti bulan2 sebelum ini, promosi bulanan Shaklee terus berlangsung.. So, untuk bulan Januari 2014, harga jatuh untuk Alfalfa Complex (S & L)

Secara umumnya, alfalfa baik dalam membantu:

~ masalah gastrik, eczema, anemia, sembelit dan juga badan/nafas/kaki berbau..
~ meneutralkan asid dalam badan..
~ membuang toksin berlebihan..
~ melawaskan usus..
~ merawat masalah keputihan pada wanita..
~ merangsang pengeluaran susu..

Cerita lanjut tentang Alfalfa, KLIK DI SINI :-)

** Caution **
SLE patient tidak boleh mengambil alfalfa
Ibu menyusu kepada anak G6PD tidak digalakkan ambil alfalfa
*************

Jadi apa lagi, mari dapatkan Alfalfa Complex pada harga promosi yang super duper best!!!


Harga biasa adalah RM53.75(S) / RM97.50(L) sebotol.. Tapi dengan Promosi Januari 2014, anda mampu mendapat penjimatan berganda!!

Pilihan ditangan anda..walaupun anda beli satu kotak sahaja, anda masih mendapat pakej istimewa dari kami!!

1 botol ~ harga istimewa
2 botol ~ harga istimewa + free postage
6 botol ~ harga istimewa + free 1 botol + free postage
Add on to any pack / set ~ harga istimewa

INGAT!! Saya sedia membantu!!
Cepat cepat sebelum terlambat..


Menarik tak? Apa ditunggu lagi?? o_O

Whatsapp nombor saya seperti diatas..tak kisahlah samada anda mahu...

~ beli barangan Shaklee melalui saya; atau
~ daftar sebagai ahli baru SID seperti kami2 ni..

Just contact me ok!! INGAT..INGAT..INGAT o_O

Thank you!!

Thursday, October 31, 2013

[PROMOSI OKTOBER 2013] Kulit Cantik Menawan Dengan COLLAGEN POWDER

..:: Entry date ~ 02/10/2013 ::..

As-Salam ladies!!
Happy Wednesday!!


Wah, selalu happy weekend je kan? Tapi disebabkan bulan ni bulan istimewa, so, kite kena sentiasa happy di bulan Oktober 2013 ni yer o_ O

So, dibulan Oktober 2013 ni, kami bawakan kepada anda, promosi dari Shaklee, dengan pelbagai hadiah sampingan!! Apa???

Yer, betul..tapi sebelum tu, jom saya share serba sedikit info on COLLAGEN POWDER..

Let's check it out!!

::::::::: Apa itu Collagen Powder :::::::::

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Jika anda tidak tahu, Kolagen yang dalam bahasa Yunani membawa maksud "bersifat lekat atau menghasilkan pelekat" merupakan salah satu protein yang menyusun tubuh manusia dimana ianya meliputi lebih kurang 30% dari jumlah protein yang terdapat di badan kita. Ia merupakan struktur organik yang membantu dalam pembangunan tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen juga memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan.

::::::::: Apa kebaikan Collagen Powder :::::::::


Produk anti-penuaan ini mampu mengekalkan kecantikan dan mengekalkan awet muda.

Tahukah anda, semakin kita berusia, jumlah kolagen dalam badan kita akan mula berkurangan selepas kita berumur 25tahun. Penghasilan kolagen akan berkurang kira-kira 1.5% setahun dan akan mencapai 30% kekurangan kolagen apabila kita melepasi umur 45tahun. Kekurangan kolagen bukan sahaja menyebabkan kulit anda menjadi kusam dan tidak bermaya, malah ia juga menyebabkan gangguan dalam penjanaan semula tisu-tisu dalam badan serta pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.

Makanya, proses sintesis kolagen diperlukan bagi mengatasi masalah kekusutan kolagen.

Dengan Collagen Powder, ianya mampu meningkatkan proses sintesis kolagen dimana kandungan molekul yang sangat ringan didalam Collagen Powder mampu memberi kadar keserapan kolagen yang lebih efektif.

Hasilnya, Collagen Powder mampu membantu...

# Meningkatkan kelembapan kulit
# Mengurangkan kulit kasar & kering
# Meningkatkan keanjalan & ketegangan kulit
# Meningkatkan ketebalan rambut
# Meningkatkan keserian, tona & warna kulit
# Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Jadi apa lagi, mari dapatkan Collagen Powder pada harga promosi yang super duper best!!!


Pilihan ditangan anda..walaupun anda beli satu kotak sahaja, anda masih mendapat pakej istimewa dari kami!!

1 kotak ~ harga istimewa
3 kotak ~ harga istimewa + free membership
6 kotak ~ harga istimewa + free another kotak + free membership + free 1 botol CoQ Health

Harga biasa adalah RM298 sekotak.. Tapi dengan Promosi Oktober 2013, anda mampu mendapat penjimatan berganda!!

**Caution
Kandungan Collagen Powder dari ekstrak Pfaffia adalah tidak digalakkan kepada golongan ibu menyusu & hamil. W/bagaimanapun, kami boleh syorkan cara pengambilan yang lain selain dari diminum. Sekiranya anda berminat, sila dapatkan maklumat lanjut dari kami..

INGAT!! Saya sedia membantu!!
Cepat cepat sebelum terlambat..


Menarik tak? Apa ditunggu lagi?? o_O

Whatsapp nombor saya seperti diatas..tak kisahlah samada anda mahu...

~ beli barangan Shaklee melalui saya; atau
~ daftar sebagai ahli baru SID seperti kami2 ni..

Just contact me ok!! INGAT..INGAT..INGAT o_O

Thank you!!

Saturday, September 28, 2013

Energizing Your Life With ESP!! Ibu Suka, Zahrah Gembira!!

As-Salam mommies!!
Happy working at home!! o_O


Semoga anda bertenaga untuk buat kerja2 dirumah yer..anda perlukan bantuan saya??? Sorry, saya pun banyak keje..hihi..

TAPI!!! Saya boleh bantu anda dengan cara lain..

Ahhha!! Macam mana tu??? Mari..mari..mari..bersama saya bertenaga dengan ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)!!


Tahukah anda bahawa ESP ini adalah produk terlaris dari Shaklee???
Tahukah anda kenapa anda perlu ambil ESP???
Tahukah anda bahawa soya dari Shaklee lebih baik dari soya-soya lain???

Mari saya share dengan anda!!

Sumber Protein yang berkualiti tinggi
Sebagai seorang manusia normal, tubuh kita memerlukan sumber protein yang mencukupi bagi membantu memelihara otot dan menghasilkan hormon dalam badan. Dengan ESP, kandungan 14gm protein dalam setiap hidangan telah dihasilkan daripada kacang soya yang berkualiti tinggi dan dapat membantu anda untuk mendapatkan diet yang sihat..

Apa beza kualiti soya ESP & soya lain2??

Protein soya dari Shaklee diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein. Protein soya yang digunakan juga merupakan soya Non-GMO (Non Genetically Modified Organism) yang sama sekali tidak melalui proses pengubahsuaian genetik. Pernahkah anda dengar tentang kata2 soya tak bagus untuk kesihatan... Yer, saya juga pernah dengar, dan saya memang bukan penggemar soya.

Kenapa????

"...A genetically modified organism (GMO) is an organism whose genetic material has been altered using genetic engineering techniques. Organisms that have been genetically modified include micro-organisms such as bacteria and yeast, insects, plants, fish, and mammals. GMOs are the source of genetically modified foods, and are also widely used in scientific research and to produce goods other than food..."
(Sumber: Wikipedia)

"...Proses GMO ini menggabungkan DNA dari spesis berlainan, menghasilkan kombinasi tanaman, haiwan, bakteria dan genetic viral yang tidak stabil yang tidak boleh berlaku dalam sifat semulajadi sesuatu unsur dimana ianya juga boleh mengangu fungsi-fungsi genetik lain yang boleh menyebabkan toksin dan alahan dalam makanan/tanaman tersebut..."
(Sumber: Blog E-Sihat)

Apa yang boleh saya simpulkan, jika sumber makanan anda melalui proses GMO ini, maka ianya perlu dielakkan bagi mengelakkan kesan2 negatif yang tidak diingini..

Tetapi dengan ESP, saya yakin akan kualiti dan kesedapannye.. PASTI!!

Berbeza dengan ESP, ianya pasti adalah dari sumber NonGMO soy protein yang selamat untuk diambil dalam harian anda..rasa soyanya yang diperisakan dengan vanilla memang sedap diminum sejuk..PERCAYALAH!!

See!!!

Asid amino yang mencukupi
Jika anda tidak tahu, sebenarnya Protein terdiri daripada rangkaian asid amino. Asid amino perlu bagi membantu proses sintesis protein. Asid amino akan membantu kita mendapatkan protein yang kita ambil didalam diet harian. Terdapat dua jenis asid amino, iaitu asid amino perlu (essential) dan asid amino tak peru (nonessential). Jenis asid amino nonessential bukan bermaksud tidak diperlukan, tetapi ia dapat dihasilkan dibadan kita melalui pemakanan yang diambil. Manakala, essential asid amino pula memerlukan sumber lain dari luar bagi penghasilannya. Antara 3 jenis asid amino essential yang sangat penting pada otot ialah valine, leucine dan isoleucine. Dengan ESP, anda boleh mendapat kesemua 9 asid amino essential yang diperlukan oleh badan.. Bagus kan??

Lihat!! Ada 9 asid amino perlu disitu..

Rendah Lemak & Zero Kolesterol
Protein boleh diperoleh dari daging, ikan, telur, dan produk susu. Selain memperhatikan kandungan proteinnya, kita juga harus melihat kandungan lemak didalam sumber tersebut. Daging sebagai contoh, merupakan sumber protein, tapi juga menyumbang lemak yang cukup tinggi untuk tubuh. Oleh itu, pastikan Protein yang anda ambil adalah baik dan mengandung lemak yang sedikit seperti yang terdapat pada ikan salmon dan tuna. Namun, dengan ESP, ia mengandungi hanya 0.5g lemak equivalent to 2% from total of 25g per serving. Dengan ESP juga, anda tidak perlu bersusah utk masak sepertimana salmon/tuna itu (nutrisi akan berkurang saat ia dimasak). ESP sedap diminum hanya dengan air sejuk atau air kosong..

Shake well and minum!!!

Ok, that's all apa yang saya dapat kongsikan tentang kebaikan mengambil ESP sebagai supplement food anda..saya yang dulunya tidak gemar soya, tetapi sekarang ni dah menjadi minuman harian ketika otw pulang dari kerja..

Kenapa saya ambil ketika pulang dari kerja??? Sebabnya...

Saya memang ada masalah jenis sentiasa pening & loya kalau naik kereta (means jadi penumpang la).. Dulu2 saya memang akan tido kalau start naik keta, just utk taknak rasa pening & loya tu..tak kiralah time preggy ke tak..since ada si kecik Zahrah, memang susah nak tido dlm kereta, so saya ambil langkah mengunyah pulak..tapi masalahnya tetap sama..just dapat lupakan sikit rasa pening bila mengunyah tu..once mknn abes, still pening balik..uwaaa..tapi memang itulah masalah saya..sejak saya start consume ESP, rasa pening memang berkurang..sebabnya ESP bagi saya rasa kenyang sepanjang dalam perjalanan..so pening pun berkurang.. Alhamdulillah..

Antara sebab2 lain kenapa anda perlu ambil ESP juga seperti dibawah:


Jika anda:
(a) sering kelaparan tetapi mahu diet..inilah solusinya...
(b) sedang hamil dan mahukan kesihatan diri dan bayi sentiasa terjaga..cubalah dengannya...
(c) mencari2 solusi untuk menambahkan susu badan untuk anak anda..ESP la jawapannya...

Anda boleh cuba..belum cuba belum tahu kan..
Dapatkan maklumat selebihnya dari saya..

INGAT!! Saya sedia membantu!!


Menarik tak? Apa ditunggu lagi?? o_O

Whatsapp nombor saya seperti diatas..tak kisahlah samada anda mahu...

~ beli barangan Shaklee melalui saya; atau
~ daftar sebagai ahli baru SID seperti kami2 ni..

Just contact me ok!! INGAT..INGAT..INGAT o_O

Thank you!!

Friday, September 27, 2013

Kenapa Anda Perlu Supplement???

As-Salam ladies
Happy weekend!!


Semoga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat..in shaa Allah.. Saya skrg ni baru sahaja lepas fasa selsema..skrg masuk fasa batuk2 pulak..tapi Alhamdulillah masih dapat jalani kehidupan harian..
Saat diri dilanda kesakitan, saya sempat berfikir, adakah saya terlalu mengabaikan kesihatan sehingga sering dilanda sakit..atau dosa saya terlalu banyak hingga tak terbayar dengan nikmat sakit yang Allah kurniakan.. Wallahu'alam..hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

Walau apapun, kita sebagai manusia, selagi mampu, perlu berusaha..usaha ke arah kebaikan.. Amin.. Dengan izin Dia juga, saya terbaca artikel yang dikongsi oleh rakan di FB berkaitan sebab2 kenapa kita perlu supplement disamping mengambil pemakanan yang sihat..sangat menarik utk dibaca dan dikongsi..

So, ini yang dapat saya simpulkan utk kalian fikirkan..

(Sumber : FB Dr. Marlinda & Future Wellness Team)

Sebab #1 - Kita banyak makan tapi still tak cukup zat
Yer, saya setuju dengan pendapat mereka..memang kita tak pernah dengar berita di Malaysia tentang kematian disebabkan kebuluran (kalau ada, sila maafkan saya..its my bad)..tetapi pernah tak kita dengar org meninggal sebab sakit kronik? Diabetes..serangan jantung dll.. Pernah kan?? Malah selalu rasanya..itu bermakna, apa yang kita makan sebenarnya masih belum cukup khasiat & zat..malah terlebih darisegi kolesterol dan lemak.. Subhanallah..

Makanya, kita masih perlukan vitamin-vitamin serta supplements tambahan bagi memastikan kandungan zat dibadan mencukupi..

Sebab #2 - Zat dalam tanah yang sedang berkurangan
Tentu anda terfikir apa kaitan dengan pemakanan manusia? Tahukah anda berapa kali tanaman diracun utk memastikan ia tidak mati.. Adakah lebihan racun akan menyerap kedalam tumbuhan tersebut? Terganggukah kandungan zat tumbuhan tersebut?? Wallahu'alam..

Sedarkah anda yang kita selalu kata..

"dah makan sayur dan buah..sepatutnya ok la, tapi kenapa masih sakit?"

Baguslah kalau kita mahu mkn sayur/buah..tapi tahukah kita yang sekarang ni kita hanya lebih pentingkn kuantiti dari kualiti? Saya bersetuju dengan mereka..malah saya pernah lihat bagaimana kualiti buah epal yang dibeli oleh rakan sekerja..bayangkan dikulit buah epal itu, apabila dikikis, terlerai "hakisan" seperti lilin (sorry, ayat tunggang langgang)..huhu.. Masha Allah..takut nak makan epal lepas tu..bagaimana pula dengan aktiviti GMO yang dilakukan terhadap tumbuhan? Nanti saya akan share berkenaan isu ini kemudian yer..

Oleh itu, pemilihan makanan yang berasal dari sumber yang baik adalah sangat penting..

Sebab #3 - Industri makanan terproses yang berleluasa
Anda suka jajan?? Saya juga suka makan jajan..malah anak saya sekecil 1y8m tu pun dah pandai makan jajan..begitulah pengaruhnya jajan didalam industri pemakanan sekarang..malah anak2 sekarang lagi gemar mkn jajan dr makan nasi..betul tak? Sejauh mana khasiat yang ada pada jajan, kita pun tak pasti..tapi apa yg saya pasti, memang mknn seumpama jajan atau cekedis tu memang kekurangan zat..walaupun 'diorg' ada claim kandungan zat didalam jajan tu..so, fikir2kan o_O

Sebab #4 & #5 - Proses penyimpanan & penghantaran makanan, serta cara penyimpanan makanan dirumah
Dapatkah anda pastikan berapa lama makanan2 mentah yang kita beli telah mula diproses? Bilakah ayam yg kita beli telah disembelih..pastinya itu diluar pengetahuan kita..ditambah dengan bahan pengawet didalam makanan segera..keaslian makanan itu sendiri telah dicampuradukkan..
Selain itu, berapa lama pulak kita simpan makanan yang dibeli didalam rumah..masih kekalkah segala zat2 dalam makanan itu..tepuk dada tanya selera..huhu..

Sebab #6 - Pencemaran alam sekitar
Adakah anda rasa terseksa ketika kita dilanda jerebu tempoh hari?? Sangat terseksa kan..sy yakin kita sangat2 terasa 'sesak' ketika itu..sedarkah kita ketika itu kita masih ambil mknn diluar w/pun keadaan sgt teruk..kemana perginya mknn yang tercemar tu pergi kalau bukan kedalam bdn kita??? Huhu.. Sekarang dah tak jerebu..tapi anda pasti ke keadaan diluar sana sangat bersih? Takkanlah kita nak duduk kat Pergunungan Himalaya kan, bak kata admin tu.. Fikir2kan...

Jika anda mampu hidup dipersekitaran zero pencemaran, mungkin anda tidak perlukan supplement.. Mungkin!!

Sebab #7 - Pengumpulan toksin dlm binatang yang kita makan
Ikan dilautan dicemari..ayam & lembu didaratan disuntik..selamatkah kita jika mknn yang kita makan telah dicemari.. Wallahu'alam..tapi takkan kita tak nak makan kan? Macam mana nak dapat sumber zat kalau mknn2 itu kita tak makan..peningkan?

Mungkin supplements mampu membantu membuang toksin2 yang banyak didalam badan kita..

Sebab #8 - Energy pollution
Radiasi dimana-mana..sel-sel dalm tubuh kita pastinya tertedah kepada pelbagai permasalahan..huhu..too bad!!

Sebab #9 - Stress
Naik kereta jem ke ofis --> kita stress!!
Kerja diofis banyak --> kita bertambah stress!!
Bosan diofis takde keja pun --> kita stress jugak!!
Balik rumah bersepah sana sini --> kita stress lagi!!
Nak tido tp jiran sibuk bertukang --> kita stress sgt!!

So, bila masa kita tak stress?? Bila kita sihat, org keliling kita sihat..semua senyum & gembira..itulah masanya kita tak stress.. Tapi selalu ke kita berada pada situasi itu??

Sebab #10 - Merokok / Alkohol
Walaupun sediamaklum akan ketidakbaikan rokok & alkohol..apa yang boleh kita buat lagi..hanya mampu berkongsi apa yang baik dan tidak..keputusan ditangan anda.. Tahukah anda, merokok mampu menghapuskan segala zat didalam badan??

1 btg rokok ~ hapuskan 250mg vitamin c
Kalau 10 btg rokok??

Makanya, bak kata admin, makanlah limau sekali dgn kulit utk cover balik vitamin yang dah hilang :'( Mampu ke?

Kalau tak, mungkin anda perlukan supplements, bukan sahaja utk mengembalikan vitamin dibadan anda, malah mungkin mampu menjauhkan anda dari menjadi perokok tegar..

Sebab #11 - Sistem penghadaman yang tidak baik
Selalu terjadi gastrik, sembelit, masalah usus? Kembung perut..kentut2 bergas??hihihi..kelakar kan?? Tapi bila masalah2 tu mengganggu penyerapan zat kebadan anda, kelakar ke? Tak kan? Apa gunanya makanan berkhasiat kalau tak dapat diserap? Betul tak??

Ambillah supplements, kerana ianya mungkin dapat membantu anda..usaha tangga kejayaan!!

Sebab #12 & #13 - Pengambilan ubat-ubatan serta Golongan tertentu
Jika anda mengambil ubat2 tertentu untuk masalah tertentu, anda mungkin perlu mengambil supplements lain bagi membantu meningkatkan kesan ubatan tersebut..begitukah?

Begitu juga dengan mereka2 yang tergolong dikalangan group tertentu..breastfeeding, pregnancy, chronic disorder/disease.. Supplements mungkin dapat membantu anda menjadi lebih sihat dan cergas..serta ceria dihari-hari anda.. In shaa Allah..

Tapi pastikan anda mendapat konsultasi yang sebaiknya yer..

Adakah anda merasakan artikel yang saya share serta elaborate diatas ada kebenarannya???
Jika ya, anda seharusnya fikir apakah supplements tambahan yang anda perlukan...

.....................
.....................
.....................

Masih mencari-cari supplement tersebut?? Jangan risau.. Kami sedia membantu dengan berkongsi pengalaman kami serta rakan2 kami.. Sharing is caring.. And we always care for a good health..

Ingat..jangan malu, jangan segan..boleh bawak bincang!!
Ingat..ingat..ingat!!!

Dapatkan maklumat selebihnya dari saya..
INGAT!! Saya sedia membantu!!


Whatsapp nombor saya seperti diatas..
Just contact me ok!!

INGAT..INGAT..INGAT o_O

Thank you!!

Jom Join Nuffnang