Friday, November 21, 2014

Set Joint Health.. Kekal Aktif di Penghujung Usia

As-salam & good day!!
I'm back😊

So today, kami nak share another set yang dicadangkan dalam produk Shaklee.. Ditujukan khas untuk ibu2 dan bapa2 kita yang semakin meningkat usia. Kebanyakan orang tua kita pasti pernah mengalami sakit-sakit sendi mahupun tulang kan?

Tahukah anda? Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Bagi mengurangkan beban kesakitan sendi serta dalam cara ingin melegakan kesakitan tersebut, Shaklee menawarkan Set Joint Health bagi memberikan kesihatan sendi yang optimum.

Antara kebaikan set ini adalah:

|| membantu dalam mengekalkan tulang yang kuat..
|| membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi..
|| memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi..

Apakah yang terdapat dalam set ini?
Nah, ini dia!!

** Advanced Joint Health Tablet **
Advanced Joint Health Tablet (AJHT) ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat. Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi. Dengan rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C, AJHT bertindak sebagai "kusyen" dalam membantu untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi. Yang pasti, Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.

** Ostematrix **
Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna. Dengan OsteMatrix, ianya membantu membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

** OmegaGuard **
Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan serta membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Kombinasi Omega 3 ini bertindakbalas dengan AJHT dalam menyalurkan nutrisi serta mengurangkan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi. Selain membantu dalam mengawal tahap kolesterol, OmegaGuard juga membantu mengekalkan kesihatan sendi.
Nota: Pesakit Gout tidak boleh ambil Omega Guard


"The natural way to keep you moving"
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Info harga:
AJHT @ RM124.00 (60biji)
Ostematrix @ RM61.00 (120biji)
Omega Guard @ RM136.00 (90biji)

Ingin dapatkan satu set untuk ibubapa anda?
Meh contact ZNI Selections or Direct PM Aliza Ahsain @ 0133184237 yer😊
(WA or Telegram are most preferred)

Daaaa..

xoxo,
Ibu ZNI

No comments:

Post a Comment

Jom Join Nuffnang