Saturday, November 15, 2014

Set Men's Vital Health..dari Shaklee untuk Lelaki

As-salam & good day!!
Happy weekend semua😁

Dah lama rasanya tak update blog ZNI ni kan? Hihi..sejak akhir2 ni memang hectic sikit urusan rumah dan pejabat..so, kena "rehat" sikit lah urusan part-time ni.. W/bagaimanpun, hari ini digagahkan juga untuk sesi "sharing is caring" seperti biasa👍

So today, let me share with all men out there..

SET MEN'S VITAL HEALTH!!

Lazimnya, setiap manusia pastinya akan melalui fasa sakit dalam kehidupannya. Lelaki juga tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Seawal umur 30-an juga seorang lelaki akan mengalami perubahan hormon yang mungkin akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih rumit seperti mati pucuk, pembesaran prostat, kelesuan dan kurang tenaga/stamina😨

Dalam usaha membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki, Set Men's Vital Health Shaklee mungkin dapat membantu adik2, abang2 dan pakcik2 diluar sana dalam:


// memelihara kesihatan prostat
 // meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
// memelihara jantung yang sihat
// membantu mengekalkan tekanan darah normal
// mengawal tahap kolesterol yang sihat


BAGAIMANA ia dapat membantu anda??

Dengan 3 produk Shaklee berikut, mungkin ianya satu penyelesaian😊


OMEGAGUARD
Minyak ikan adalah perlu untuk membantu menjaga kesihatan jantung. Dengan OmegaGuard Shaklee, ianya mungkin dapat membantu anda dalam membaiki level kolesterol HDL. Ianya juga mungkin dapat membantu membawa kolesterol LDL untuk "pelupusan" supaya salur darah menjadi lebih "bersih". 
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol "Low Density Lipoprotein (LDL)" atau lebih kenali sebagai "kolesterol jahat" yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL. Kepekatan kolesterol LDL akan menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit (proses atherosclerosis) dan seterusnya menyebabkan bekalan darah dan oksigen yang tidak mencukupi kepada jantung. Kekurangan darah dan oksigen akan menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Manakala kolesterol "High Density Lipoprotein (HDL)" dimana bersifat "keloesterol baik" pula akan menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

VITA-E COMPLEX

Vita-E Complex mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E. Setiap kapsul sofgel menyediakan 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium. Selenium merupakan bahan berkuasa dalam membantu melindungi pembengkakan kanser dan mengekalkan kesihatan salur darah. Selain itu, vitamin E dan selenium juga dapat membantu dalam membaiki kualiti semen dan membantu meningkatkan kesuburan khasnya dalam pergerakan sperma. Vita-E Complex pula bertindak sebagai bantuan dalam meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel sperma.

ZINC COMPLEX

Zink mempunyai kualiti yang tinggi dalam sperma. Ianya perlu bagi membaiki bilangan, bentuk dan pergerakan sperma. Zink Complex Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda. Dengan Zinc Complex Shaklee, ianya mungkin dapat membantu dalam mengurangkan pembengkakkan prostat dan mencegah "mati pucuk".
Nota: Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

"Improve health & vitality" dengan Set Men's Vital Health Shaklee
**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Info harga:
OmegaGuard @ RM136.00 (90biji)
Vita-E Complex @ RM149.00 (120biji)
Zinc comolex @ RM33.75 (120biji)

Ingin cuba?
Meh contact ZNI Selections or Direct PM Aliza Ahsain @ 0133184237 yer 
(WA or Telegram are most preferred)

Daaa....

xoxo,
Ibu ZNI

No comments:

Post a Comment

Jom Join Nuffnang